Tuesday, March 2, 2010

~ Pendidikan seks amat mencabar ~


KUALA LUMPUR - Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek tersebut.


Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.


Beliau memberitahu Bernama semalam bahawa guru-guru takut mereka mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.


Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.


Sumber: KOSMO ONLINE, 3 MAc 2010...

p/s : sebelum ni pernah bincang tajuk penyelewengan seksual dalam kelas... mula-mula risau n takut nak buat tugasan tu... sangat mencabar... apa2pun, itulah lumrah manusia... kalau bukan kita ingin menasihati, siapa lagi... jadi, saling mengingatla ye...

No comments:

Post a Comment