Sunday, January 31, 2010

Assalamualaikum ~ Masa untuk Makan ~


Apakah Cara Makan Yang Betul ?


Ada sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi perut mereka. Ada juga yang makan bagaikan tiada hari esok untuk makan lagi.

Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!


Kuasa Kekacang

Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!


Buah-Buahan enak !
Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.

Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!


Sayuran sihat !

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.

Buatlah pilihan bijak � makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.


Susu Pilihan Bagus!

Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.

Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.


Makanlah Daging

Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.


Lemak Penting Juga!

Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.

Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.


Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet

Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.

Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!


Jom, makan makanan berkhasiat...


Assalamualaikum... ~ indahnya hidup jika diisi dengan ketenangan ~


" ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga... "

Assalamualaikum... ~ Berubah dari tahap yang malas kepada rajin ~



10 Ciri orang yang malas : * Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan. * Sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong- royong dan lain-lain yang dianjurkan ditempat kerja atau di sekeliling kediaman kamu. * Tidak pernah mengemas bilik tidur kamu. * Separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur. * Orang melihat kediaman kamu sperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya seperti istana indah. * Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal, tetapi kamu sedikitpun tidak berasa sedih. Bagi kamu, kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu. * Cara kamu menutup menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak basuh. * Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet. * Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja. * Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

Saturday, January 30, 2010

Assalamualaikum... kempen minum air kosong...


Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit . Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.


* Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

* Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

* Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

* Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

* Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

* Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik - 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Sunday, January 24, 2010

Assalamuaikum... Salam Jalinan Muhibbah...








"Antologi Cinta "
... satu nama yang penuh keistimewaan... keluhuran dari hati seorang manusia yang lahir untuk mendapatkan cinta dari "Yang Maha Esa"... kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada kedua ibu bapa yang sentiasa mendokong cita-cita... secebis kasih sayang dari rakan-rakan, sahabat handai, dan teman... serta terselit belas ihsan kepada tanggungjawab terhadap sesama individu lain...


Salam Persahabatan dan kasih sayang kepada kalian yang sudi menerima saya sebagai rakan seperjuangan ... dan di sini bermulalah kisah yang membawa jauh meneroka ke setiap sudut dan pelosok...
Maka, lahirlah, " Antologi Cinta " yang membawa kita menghargai erti



"kasih sayang tanpa sempadan"...