Sunday, February 28, 2010

~ Masa itu berharga ~


Assalamualaikum, sambil menulis di sini, saya sedang menguruskan masa untuk menyiapkan kerja yang masih banyak, yang entah bila akan diselesaikan... Mencuri sedikit masa untuk menulis di blog ini... Persoalan mengapa saya mengutarakan 'Masa' sebagai perbincangan sebab saya sendiri tidak pandai mengejar masa yang berharga ini... sebaliknya, saya membiarkan masa itu... semasa saya berada di semester 2, saya pernah memberi 'talk' mengenai 'Masa'... Masa sudah lama di ceritakan. iaitu diturunkan ayat di dalam surah Al- Asr...

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"



kalau semasa di sekolah, kita ditekan untuk mebina jadual pengurusan masa, sekarang di UPSI, tiada sesiapa menekan saya untuk membuat jadual masa... jadi, bagaimana saya perlu menguruskan masa dengan betul??? jawapannya, saya perlu menyiapkan tugasan dengan awal... mungkin benar pepatah melayu iaitu "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...

Tuesday, February 23, 2010

~ Kebahagiaan ~


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.


Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.

~ Stratergi Peningkatan Kerjaya ~


1. Mempunyai Wawasan

“Seribu langkah bermula dengan langkah pertama”, begitulah kejayaan harus dimulakan. Usahalah ke arah kejayaan, barulah kejayaan demi kejayaan dapat dicapai. Langkah pertama adalah “langkah keramat, langkah pendekar”. Kena bersedia untuk memulakan langkah dengan menyediakan perancangan, mengkaji kemungkinan kejayaan dan kegagalan, menetapkan arah dan matlamat. Gambarkan kejayaan yang akan dicapai dan ganjaran yang diharapkan. Mempunyai wawasan adalah penting sebelum memulakan langkah pertama. Wawasan yang jelas bukan sahaja menjadi panduan untuk meningkatkan kejayaan seperti “kendil di malam hari” tetapi juga pendorong dan pembakar semangat ibarat “azimat” untuk mencapai matlamat. Kini dengan wawasan yang jitu melangkahlah dengan gagah dan berani.


2. Kepakaran ‘Hard Skill’

Kita sering mendengar istilah “Jack of all trades but master of none” yang menggambarkan kebolehan yang pelbagai tetapi tiada kepakaran dalam bidang tertentu. Keadaan seperti itu tentulah menyukarkan kerana kita memerlukan pakar dalam bidang tertentu. Ada pelbagai bidang kerjaya seperti ekonomi, kejuruteraan, perubatan, sains sosial, perguruan dan lain-lain. Umpamanya bidang Kejuruteraan mempunyai banyak cabangnya seperti kejuruteraan mekanikal, sivil dan elektrikal. Dalam kejuruteraan mekanikal pula terbahagi kepada beberapa cabang seperti mekanikal industri, automotif dan lainnya. Begitu juga perubatan mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti orthopedik, obstetrik dan genecologi, pediatrik, surgeri dan ubatan. Kemampuan dan kebolehan dalam hard skill tertentu penting untuk menjadi pakar dan meningkatkan kerjaya.


3. Kebolehan ‘Soft Skill’

Hasil kajian mendapati 70 peratus kejayaan meningkatkan kerjaya adalah kerana adanya ‘soft skills’ manakala selebihnya atau 30 peratus adalah sumbangan ‘hard skills’. Soft skill adalah
ilmu kemanusiaan seperti kebolehan berkomunikasi, berinteraksi dan memahami “body language.” Hubungan sesama insan sama ada secara horizontal ataupun vertical akan membantu individu behubungan dan berkomunikasi secara berkesan dari pelbagai arah dan dimensi
yang seterusnya membantu membina kerjaya.



4. Pengwujudan Jaringan

Jaringan atau networking membolehkan soft skill dan hard skill disalurkan dalam melaksanakan
pekerjaan. Kebolehan dan kemampuan dalam kedua-dua bidang ini tidak bermakna jika tidak dapat dimanfaatkan. Kemahiran kedua-dua skill ini akan terus meningkat jika diamalkan berterusan. Pengalaman dikatakan “guru yang zalim” kerana kita terpaksa melaluinya barulah mengetahui akibatnya tetapi soft skill dan hard skill.


5. Sokongan Mentor

Di sebalik kejayaan individu itu biasanya ada beberapa individu yang membantu di belakang kejayaan itu. Mentor atau penasihat atau Shifu adalah individu yang dirujuk atas sesuatu hal tertentu seperti kewangan, pentadbiran, hal peribadi dan teknikal. Beberapa individu berkemungkinan menjadi mentor kepada seseorang itu yang terdiri daripada rakan karib, sepupu, dan suami/isteri. Sebenarnya ketua atau “boss” kita adalah mentor yang terbaik.
Setiap mentor mempunyai kelebihan atau kepakarannya seperti yang mencangkupi bidang tertentu, kerjaya atau kehidupan. Kumpulan mentor inilah yang akhirnya akan menjadi ‘think tank group’.



6. Menggunakan Teknologi

Kemajuan teknologi telah mempercepatkan proses peradaban manusia. Teknologi telah membantu manusia melaksanakan tugas kerja lebih cepat, pantas dan tepat. Kebolehan dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer, internet dan pelbagai software adalah penting supaya tugas dapat dilaksanakan dengan efisien,berkesan dan mencapai tahap maksimum yang dikehendaki. Internet menyimpan banyak khazanah maklumat dalam
hampir semua perkara dan amat mudah untuk mendapatkannya, semudah ABC, tak sampai pun tiga saat jika kita mengetahuinya. Tetapi maklumat itu hanya akan tinggal maklumat sebagai
“raw data” jika tidak diakses seterusnya difahami dan menjadi ilmu yang kemudiannya diamalkan dan memberi manfaat manusia sejagat. Seperti juga buku, walaupun buku mempunyai maklumat tetapi jika tidak dibaca, maklumat hanya akan tinggal maklumat
dan tidak mendatang apa-apa kebaikan. Oleh itu, menggunakan teknologi adalah kelebihan dan dapat meningkat kerjaya seseorang.



7. Teguh Jati Diri

Pokok yang berdiri gagah dan bangunan yang teguh mencakar langit adalah kerana asasnya yang kukuh. Akar tunjang atau akar serabut yang mencengkam tanah menyebabkan pokok itu terus gagah walaupun dilanda angin yang kuat. Begitu jugalah jati diri manusia, perlulah teguh menghadapi ancaman luar yang mencabar. Dalam meningkatkan kerjaya sememang memerlukan perubahan tetapi bukan perubahan jati diri. Cabaran yang bakal dihadapi bukanlah kepalang. Bukan mudah untuk menjadi pohon rimbun yang menjadi tempat berteduh. Asas-asas nilai murni, amalan, mendalami dan mengamalkan segala Rukun Islam dan Rukun Iman perlu diperkukuhkan secara berterusan, konsisten dan istiqamah sejak awal. Sifat amanah, dedikasi dan bertanggungjawab perlu diamalkan sehinggalah mencapai puncak kejayaan kerjaya dan selepas itu kerana akhirnya kita akan dipertanggungjawabkan diatas segala kejayaan yang dicapai. Kejayaan tulen adalah kejayaan di dunia yang mampu menjamin kejayaan di akhirat. Apalah gunanya memiliki segunung emas kalau nanti tak mampu membeli pondok buruk di
akhirat. Bukankah di dunia ini lebih baik memiliki sekeping ‘wang perak’ yang mampu membina sebuah mahligai di syurga.

~ Memulih Sahsiah Pelajar ~


SABAN hari kita disajikan dengan laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakan dilakukan oleh golongan remaja seperti meragut, merogol, membunuh dan lain-lain.

Kisah-kisah yang menjadi tumpuan media cetak mahupun elektronik itu hanya sekadar menjadi bahan bacaan harian yang telah dianggap sebagai insiden biasa dalam masyarakat kita pada masa kini.

Siapakah yang wajar dipersalahkan? Tidakkah kita prihatin melihat anak bangsa yang bakal menjadi generasi negara diserang penyakit mental atau stress?

Dalam menangani isu membimbangkan ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menggesa kerajaan mengambil serius dan telus dalam menangani masalah remaja terutama golongan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menyelaraskan intipati pendidikan mengikut transformasi persekitaran.

Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa-Guru) 1998 yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 perlu dilihat semula dan diberi nafas baru.

"Kini pelbagai masalah melibatkan remaja seperti bunuh, dadah, merompak lebih banyak melibatkan golongan remaja yang bersekolah. Oleh itu kita kena lihat dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendidikan secara holistik kepada anak-anak masa kini bermula dari akar umbi," katanya ketika di temui Kosmo! selepas mempengerusikan mesyuarat bersama NGO yang terlibat di Memorial Tun Hussien Onn baru-baru ini.

Berita selanjutnya, boleh dibaca di...

~ KEBERKATAN ~


Assalamualaikum.....


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. * Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. * Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. * Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

* Jika terpenjara akan dibebaskan. * Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. * Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. * Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. * Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. * Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". * Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".


~ Amalkan bersama. InsyaALLAH ~ Amalan yang sangat sesuai bagi setiap pelajar ~

Monday, February 22, 2010

~ Antara Harta Dunia dengan Harta Akhirat ~


Assalamualaikum....

ingatlah....marah macam mana sekalipun, janganlah bertindak keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.


Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.


Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.


Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu.


"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.


"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.


Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..


"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Tuesday, February 16, 2010

Assalamualaikum, 'time to play'

~ Menguji minda bagi setiap pelajar ~
~ Komuniti Interaktif Portal Pendidikan Utusan ~


Cuma klik di bawah :

http://www.tutor.com.my/tutor/special/games/interaktif.asp?e=&s=&b=&m=&t=&r=&i=&sp=games&si=wordlab/wordlab.html

Assalamualaikum,

Assalamualaikum, "guru oh guru "...


“JIKA hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”

(Usman Awang, 1979)

Demikianlah sebahagian daripada kata-kata puitis nukilan Datuk Dr. Usman Awang yang menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai pembina modal insan cemerlang sejak zaman berzaman. Jika dilihat pada perkataan guru ianya tidaklah sebegitu ”glamour” jika dibandingkan dengan perkataan lain seperti penolong pengarah, doktor, pengurus dan sebagainya.

Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah serta hasil pulangan yang terjamin.

Mungkin inilah agaknya permohonan untuk menjadi guru berlipat kali ganda banyaknya setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan yang agak lumayan.

Mereka menarik nafas lega apabila permohonan untuk mengikuti kursus perguruan diluluskan.

Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajarnya maka perkataan seperti ”pengajaran cikgu membosankan” ”cikgu ajar tak seronok” akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.

Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses wewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser, (1990) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid.

Di antara langkah yang mampu membentuk kemahiran strategi penyampaian dalam mewujudkan suasa pengajaran dan pembelajaran

yang menyeronokkan ialah seperti berikut:

a. Mengenali & menjiwai ciri-ciri diri murid: Sebagai ibu atau bapa kepada murid-murid di sekolah, guru bukan sekadar mengenali nama sahaja tetapi harus menjiwai mereka. Ini bermaksud guru seharusnya memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses interaksi 2 hala.

b. Kreatif & inovatif: Memang mudah untuk mengajar iaitu hanya memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran serta bahan pengajaran. Walau bagaimanpun adalah agak sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ianya dapat difahami dan tidak menjemukan. Oleh itu guru harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Seperti juga sebagai seorang pelakon guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pembelajaran. Guru yang kreatif dapat mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaiannya. Penghasilan, penciptaan dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih inovatif serta mampu melibatkan diri murid-murid dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

c. Kecindan: Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan murid-muridnya tetapi apa yang disukai oleh pelajar ialah guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Unsur kecindan ialah kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru yang berkesan ialah mereka yang disegani dan dihormati oleh murid. Manakala prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak kepada nama pangkat atau jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian yang menarik, kreatif dan inovatif serta mampu memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh bertanggungjawab.

Monday, February 15, 2010

~ Assalamualaikum, "Tautan Kasih Berparadigma Di MRSM Bentong "~




5 - 7 Februari 2010, program 3 Hari 2 Malam, di bawah Kursus Pengurusan Binmbingan & Kaunseling, kumpulan saya terdiri dari 8 orang pelajar Bimbingan dan Kaunseling((AT04) batch 2007 telah menjalankan program yang diberi nama " Tautan kasih Berparadigma" di Maktab Rendah Sains Mara, Bentong... saya perkenalkan barisan kepimpinan yang menerajui program ni...

Shahrul Izwan sebagai pengarah Program, Judson sebagai Timbalan Pengarah Program, Nor Syawana sebagai Setiausaha, Noor Anidaisma, Ain Fatieha, Nadia, Radhiah sebagai AJK yang sangat berkaliber, dan saya??? Liyana Yunus sebagai Bendahari yang memastikan keperluan dan barang-barang untuk modul dibeli dan dibawa ke MRSM ini....banyak pengalaman suka duka dikongsi bersama... macam-macam nak ceritakan...

Mula-mula rasa risau, gementar, akan penerimaan pihak Maktab ini. Alhamdulilah, rasa bersyukur kerana penerimaan mereka membuatkan kami terharu dan rasa terhutang budi dengan kaunselornya iaitu Kak Wani dan Kak Su... setibanya kami sampai ke MRSM ini pada pukul 2 pm(5 hb Februari 201o. Jumaat), kami telah dibawa ke bilik kaunseling untuk sesi membina hubungan... kira-kira 3o minit, kami dibawa melawat sekitar sekolah...

Dan akhirnya, waktu yang paling debar adalah berjumpa dengan pihak atasan MRSM...risau tetap ada. Namun begitu, mereka sangat menerima kami... Alhamdulilah... di dalam hati saya ketika itu, cuba untuk membawa nama UPSI dengan sebaik-baiknya,.. kami menerima layanan yang sangat istimewa...


Sambungan post... InsyaALLAH nanti saya akan postkan modul yang telah kami jalankan... nantikan........

Sunday, February 14, 2010

~ Assalamualaikum, Berjalan lagi ~


Kali ini, pada 23 Januari 2010, saya berjalan lagi, mengembara bersama rakan-rakan...

Keputusan untuk berjalan ini, adalah keputusan yang drastik memandangkan tak tahu nak buat apa di kolej... Jadi, saya dan rakan-rakan telah mengambil keputusan untuk membiarkan kulit muka kami sunburn dengan memilih lokasi 'Desa WaterPark' sebagai medium yang akan melihat kulit muka kami sunburn... perjalanan kali ini agak mencabar kerana kami sesat dan ditipu pemandu bas...

Mulanya, agak mencabar kerana bas yang saya naiki bersama rakan-rakan untuk ke Kuala Lumpur penuh sehinggakan saya perlu duduk di atas lantai bas... rasa marah terbit di dalam hati tetapi apakan daya, hajat nak Ke Kuala Lumpur perlu diteruskan...

Sampai di Stesen Masjid Jamek, saya dan rakan-rakan perlu ke KL Sentral di mana kami breakfast dengan menu yang sangat menyelerakan(bagi sayala yang kuat makan ni)... Selesai makan, kami menunggu bas... dan sempat beramah mesra dengan pelancong dari Korea... selama 15 minit kami menunggu bas yang berlalu pergi, barulah kami tahu, bahawa, kami tersilap perhentian bas di mana kami perlu menunggu di seberang jalan untuk ke destinasi yang ingin dituju... bermacam ragam kami jumpa, dan akhirnya berkat kesabaran menunggu bas rapid KL,

Akhirnya, bas yang kami tunggu tiba... diringkaskan cerita, dua kali kami ditipu pemandu bas, di mana dia meminta tiket bas kami untuk diberi kepada orang yang baru naik... musykilkan??? lepastu, pemandu berhentikan kami jauh dari lokasi sebenar sedangan semasa kami naik teksi, kami nampak bas tu lalu di tempat yang sama...

Di sebabkan terlalu geram, kami ambil keputusan untuk main air tanpa menghiraukan cuaca panas... ramai orang tetapi kami tetap bermain... kami naik untuk Solat , bergambar, dan pulang semula ke KL... akibatnya, kulit muka kami kemerahan dan menggelupas... macam-macam...

~Assalamualaikum, Bercuti utk semester ni... ~



Baru-baru ni saya telah berjalan-jalan atau dalam erti kata lain menghabiskan masa hujung minggu dengan bertukar angin dari Tg Malim ke Bukit Cahaya @ Bukit Cerakah Shah Alam... Memang best... Bayar murah, puas hati, dan kurang sesat walaupun first time sampai di Bukit Cahaya...

sebenarnya, saya nak pegi sangat sini, sebab sekarang musim salji... teringin nak amik rasa sejuk untuk jadi penguat semangatla kiranya... nanti, belajar rajin-rajin dan boleh pergi luar negara...

terkejut juga, ingin lari dari kesibukkan pelajar UPSI, tetapi akhirnya tetap berjumpa dengan pelajar UPSI, merangkap coursemate merangkap classmate lagi tu...

Masuk ke Taman Pertanian Bukit Cahaya ni hanya RM 3 dan dapat berjalan dengan sepuasnya... boleh sewa basikal, perkhidmatan surau yang sangat selesa... kiranya, berbaloi-baloilah... ada yang bawa keluarga, kawan-kawan... bagi guru-guru, boleh bawa pelajar sekolah untuk rombongan...

dibuka sampai pukul 4.30 pm kalau tak silaplah... kiranya sangat tenangla kat Bukit Cahaya ni...


bagi siapa yang nak pergi, boleh naik bas rapid KL ke Shah Alam, dan naik teksi untuk ke bukit cahaya... sangat mudah dan murah... hehe, rasanya macam nak pergi masa musim bunga pula...


Amacam ??? ok tak??? ini alamatnya,

Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor


p/s : Gambar masa musim salji...





Monday, February 1, 2010

Assalamualaikum... Cinta ???


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.

Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.



Cinta kekal selamanya ... Bukan terhad kepada manusia semata2, tetapi cinta kepada
ALLAH SWT, alam semulajadi, dan setiap yang bernyawa di sekeliling kita...