Friday, March 12, 2010


~ RELAKSASI ~


Tujuan

  • Melegakan stress untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung, susah hendak tidur, sakit kepala disebabkan tekanan dan asthma
  • Keupayaan mengawal - untuk menenangkan minda dan mengembalikan kercerdasan minda

Relaksasi penting apabila anda mempunyai gejala seperti berikut:-

  • Berdebar-debar
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Susah untuk bernafas
  • Paras glukos darah yang tidak terkawal
  • Keadaan badan yang tidak selesa seperti ketidakcernaan,sembelit dan kegelisahan.
  • Kepenatan atau susah hendak tidur.
  • Ketegangan otot terutama otot ditengkuk dan otot bahu.
  • Susah untuk memberi tumpuan dan mudah risau.
  • Kurang sabar, mudah tersinggung dan cepat marah.
  • Hilang selera makan atau makan berlebihan.
  • Hilang minat terhadap seks.

Wednesday, March 10, 2010

~ Peranan kaunselor di sekolah ~


PERANAN KAUNSELOR DI SEKOLAH


Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan
bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya
menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School
Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah
seperti berikut:

i. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluangpeluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan
di antara yang tersebut di atas.

ii. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.

iii. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri.

iv. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan
dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.

v. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.

vi. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.

vii. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan
kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.

viii. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu
dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

ix. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk
perkembangan penuntut.

x. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi
memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar
tanggungjawab sekolah.


xi. Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatanjabatan
kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga
dan lain-lain.


p/s : jadi bertanggungjawablah kepada portfolio yang telah ditetapkan kepada kita... :)...

~ Panadol sebabkan Maut? Tanggungjawab Kaunselor ? ~


KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.

Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.

Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.

SUMBER : KOSMO ONLINE 11 MAC 2010...


Tanggungjawab kaunselor bagaimana??? em, cabaran2...


Tuesday, March 9, 2010

~ Ahad dengan anak2 Pahang ~


Assalamualaikum, kadang2 teruja dengan negeri sendiri... bukanlah bersifat kenegerian, tapi bukan senang nak jumpa dengan anak2 negeri... tambahan pula, saya merupakan anak pahang... yang tidaklah begitu ramai di Universiti saya ni... jadi, apabila dibuat program sebegini rasa teruja untuk berjumpa dengan anak2 negeri...


Diadakan ceramah yang menarik, yang membuatkan kita perlu sedar bahawa pemikiran kita tidak perlu dikotori dengan perkara-perkara yang merosakkan akal fikiran kita.


Yang menariknya juga, Aizat AF merupakan jemputan pada hari tu... lagu dan suara best... dan nyanyian lagu ...

" berlenggang hai berlenggang hai tari lenggang, kalau baik hati nanti orang pun sayang"...


hehehe, sebenarnya dah lama tak dengar lagu ni sejak belajar di perak ni... terubat rindu buat seketika apabila berada dalam situasi ini... apa2pun, ini suatu pengalaman dan pengisian yang baik kepada saya...

~ 2 hari Yang Penuh ~


Assalamualaikum, dua hari ( Sabtu n Ahad) telah diisi dengan baik sekali... "Aktiviti Berjalan"... memang best... hehe... Sabtu baru2 ni telah ke UPM dan Ahad telah ke MMU...


Saya rasa tempat2 macam ni patut dipergi sebab kalau kita di sekolah nanti, pasti akan ada pelajar yang bertanya mengenai tempat2 berilmu sebegini... kiranya dah ada pengalaman ke sana...


Menariknya, saya ke UPM, mendapat input yang banyak dan sukar untuk dicari di tempat lain... bukan mudah untuk kita mendapat ilmu jika tidak dicari... jadi, peluang sebegini patut diteruskan... Penghargaan kepada pelajar semester 4 UPM yang berjaya mengumpulkan bakal kaunselor dari IPTA/S di malaysia...


Terima kasih diucapkan...
Kaunseling Pelbagai Budaya, membantu saya menambah ilmu pengetahuan selain dari membuatkan jiwa saya berkobar2 untuk menjadi kaunselor. InsyaALLAH... :)

Sunday, March 7, 2010

~ Persahabatan ~

Assalamualaikum... " Tentang Bulan "...


p/s : Kata2 arwah along membuatkan hati ni sentiasa sayu...



Assalamualaikum, terbuka blogspot arwah along... sangat rindukannya... dah beberapa bulan tak menziarah kubur arwah... kadang2, baru kita rasa, bila ada individu yang tinggalkan kita, kita rasa akan menghargainya... tapi, bila ada individu yang sentiasa atau tiap2 hari berdamping dengan kita, kita rasa macam biasa je...



Jadi, kita perlulah menghargai setiap individu di sekeliling kita... peringatan untuk saya tu... Al Fatihah Untuk Arwah Along yang sentiasa dikenang kami sekeluarga...