Wednesday, March 10, 2010

~ Peranan kaunselor di sekolah ~


PERANAN KAUNSELOR DI SEKOLAH


Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan
bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya
menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School
Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah
seperti berikut:

i. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluangpeluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan
di antara yang tersebut di atas.

ii. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.

iii. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri.

iv. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan
dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.

v. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.

vi. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.

vii. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan
kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.

viii. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu
dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

ix. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk
perkembangan penuntut.

x. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi
memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar
tanggungjawab sekolah.


xi. Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatanjabatan
kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga
dan lain-lain.


p/s : jadi bertanggungjawablah kepada portfolio yang telah ditetapkan kepada kita... :)...

No comments:

Post a Comment