Tuesday, March 9, 2010

~ Ahad dengan anak2 Pahang ~


Assalamualaikum, kadang2 teruja dengan negeri sendiri... bukanlah bersifat kenegerian, tapi bukan senang nak jumpa dengan anak2 negeri... tambahan pula, saya merupakan anak pahang... yang tidaklah begitu ramai di Universiti saya ni... jadi, apabila dibuat program sebegini rasa teruja untuk berjumpa dengan anak2 negeri...


Diadakan ceramah yang menarik, yang membuatkan kita perlu sedar bahawa pemikiran kita tidak perlu dikotori dengan perkara-perkara yang merosakkan akal fikiran kita.


Yang menariknya juga, Aizat AF merupakan jemputan pada hari tu... lagu dan suara best... dan nyanyian lagu ...

" berlenggang hai berlenggang hai tari lenggang, kalau baik hati nanti orang pun sayang"...


hehehe, sebenarnya dah lama tak dengar lagu ni sejak belajar di perak ni... terubat rindu buat seketika apabila berada dalam situasi ini... apa2pun, ini suatu pengalaman dan pengisian yang baik kepada saya...

No comments:

Post a Comment